"Sit by the stream and see life flowing through, as a sign of this world, time's passage will do." -Arif Billah-
I am just a Traveller.....

I am just a Traveller.....
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Thursday, February 3, 2011
Doa sewaktu sujud dan keistimewaannya:Nasihat Yusof Al-Qardhawi
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasullullah: "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud: "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat" Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA: Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud" Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
note: diambil dari muhsinlabib.wordpress.com
Wednesday, January 12, 2011
Ketawa Melampaui Batas

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.
Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.
Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).
“Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)
Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.
Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah berpatutan, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.
Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah.
p/s: Post ini bukanlah menyatakan kita tidak boleh ketawa langsung. Tetapi perlu dengan adab2 yang telah dianjurkan. Kita hanya insan yang lemah dan pelupa. Ambillah sedikit ilmu ini untuk dikongsi kepada semua moga-moga kita sama2 dapat jadikan peringatan kepada mereka2 yg sering lalai. Sama2 dapat kita amalkan. Insyaallah :)
Subscribe to:
Posts (Atom)